TATAPAN INFO etiQa

Terima Kasih Sudi Membaca blog ni...Kurang faham boleh call saya untuk keterangan lanjut...-AMY019-3384654


Thursday, January 20, 2011

Fikir fikirkan…

1.  Sudah cukupkah tabungan kita untuk masa hadapan???

Bagi yang bekerja kerajaan, selesa dengan skim pencen... swasta pula kwsp... 


Tapi bila dihitung kembali, cukupkah simpanan itu untuk menampung perbelanjaan kita pada masa hadapan memandangkan kos sara hidup yang sentiasa meningkat??? 


Apatah lagi simpanan yang sudahlah sedikit itupun telahpun digunakan untuk tujuan lain antaranya membeli rumah, membayar hutang pendidikan dsb. Apa yang tinggal untuk hari tua kita??? Sanggupkah kita mengubah cara hidup selepas bersara???


2.  Apakah bekalan untuk yang tersayang???

Ramai di antara kita tidak selesa berbicara soal mati. Walaupun kita semua sedar bahawa maut tidak mengenal masa dan usia serta malang tidak berbau. 

Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang anda sayangi sekiranya ajal menjemput ataupun anda ditimpa kemalangan sehingga tidak mampu lagi bekerja? Ada sebahagian dari anda langsung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. 

Jadi, sebelum terlambat marilah kita memberi perlindungan kepada mereka yang kita sayangi...



3.  Kepentingan Tabung Pendidikan buat anak tercinta....

Pernahkah terlintas di benak 'siapakah anak aku 20 tahun akan datang???' 


Masih mampu atau sempatkah aku untuk menanggung pembelajarannya nanti??? 


Oleh yang demikian demi jaminan kewangan pendidikan masa depan anak anda, marilah cepat-cepat menabung sambil berlindung dengan TAKAFUL SARJANA...



4.  Kos Rawatan


Kehidupan tidak selalunya sepertimana yang dirancang.  

Dengan Medic-Save Rider, keperluan anda akan tercapai.

Etiqa Takaful menawarkan skim perlindungan perubatan yang direka untuk memberikan anda perlindungan yang menyeluruh dengan keselesaan ketika amat diperlukan...